Yogurt merupakan pilihan ramai bagi mereka yang sedang berdiet kerana rasa masam dan manisnya itu amat digemari termasuk juga kanak-kanak. Jika mereka yang tidak menyenangi susu, boleh mencuba yogurt yang berperisa buah-buahan.
Namun tidak semua yogurt sesuai dengan rutin diet, oleh itu pilihlah yogurt yang mendapat khasiat yang maksimum. Berikut beberapa tips untuk memilih yogurt yang dapat kami kongsikan.
- Rendah lemak tepu – Yogurt tidak mempunyai lemak namun harus perhatikan kandungan lemak tepu di dalam yogurt tersebut. Pilih yogurt yang hanya mengandungi kurang dari 2 gm sahaja.
- Kurang gula- Harus pilih yogurt yang kurang gula kerana yogurt sendiri mempunyai Laktosa iaitu pemanis semula jadi.

- Tinggi kalsium – Berbanding yogurt yang berperisa, yogurt asli mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi. Oleh itu, bijaklah dalam membuat pilihan.
- Yogurt organik – Untuk menghindari pewarna rasa dan pemanis buatan, yougurt organic merupakan pilihan selamat untuk dinikmati.
- Jangan tertipu dengan buah – Belum tentu rasa buah itu adalah rasa asli buah tersebut dan kebanyakan yogurt hanya mengandungi 4 peratus keperluan vitamin sahaja. Untuk cara yang lebih efektif, nikmati yogurt asli bersama potongan buah pilihan.
