Tips Mencegah Penyakit Ketika Hamil

Menjaga diri saat ketika hamil adalah penting untuk kesejahteraan jangka panjang bagi ibu dan bayi. Rujuk doktor dan pegawai perubatan bertauliah jika terdapat kekeliruan. Ini kerana setiap kehamilan berbeza untuk setiap individu. Bagi ibu muda yang masih tercari-cari perkara penting yang perlu diberi perhatian sepanjang hamil ayuh ikuti tips kehamilan berikut:

  • Masuk tidur awal dan tidur lebih lama. Tidur sekejap mungkin boleh membantu anda untuk kembali cergas sepanjang hari. Pastikan tubuh dalam keadaan tenang supaya emosi tidak dipengaruhi unsur negatif.
  • Amalkan pemakanan diet yang seimbang dan sihat. Makanlah ikut keperluan yang dicadangkan seperti dalam piramid makanan. Ambil diet sihat dan seimbang. Jangan mengabaikan sarapan pagi dan kawal pemakanan snek di antara waktu makan.
  • Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi, teh dan minuman jenis kola adalah perangsang yang sederhana. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran.
  • Elakkan produk tenusu tidak dipasturkan, keju berkulat, daging sejuk dan telur separuh masak yang mungkin membawa bakteria. Minta nasihat doktor untuk senarai penuh makanan yang perlu dielak.
  • Makan daging ayam yang tidak dimasak dengan sempurna boleh mendapat jangkitan Salmonella.
  • Ambil penambahan makanan seperti asid folik sehingga minggu ke-12 kehamilan anda untuk mencegah bayi daripada lahir dengan keadaan seperti spina bifida.
  • Elakkan najis kucing kerana ia mengandungi organisma yang menyebabkan toxoplasmosis (jangkitan yang memberi kerosakan mata dan otak kepada bayi). Pakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing.
  • Pastikan kawasan-kawasan yang kerap disentuh di rumah dalam keadaan bersih dan basmi kuman.

Penjagaan makanan yang tidak baik akan memudaratkan diri anda dan bayi dalam kandungan. Pastikan anda sentiasa rujuk ke klinik atau hospital terdekat untuk mengetahui perkembangan bayi anda setiap kali pemeriksaan.

Tips Mencegah Penyakit Ketika Hamil 1