Vitamin Yang Diperlukan Oleh Badan Mengikut Peringkat Umur

Kalsium

  1. Semakin meningkat usia, anda akan kehilangan lebih banyak mineral dalam badan. Terutamanya bagi wanita yang telah menopaus, kemungkinan untuk mendapat osteoporasis akan menjadi lebih tinggi.  
  2. Fungsi kalsium adalah membantu otot, saraf, sel dan saluran darah untuk bekerja secara optimum. Bagi dewasa yang berumur 50 – 70 tahun memerlukan lebih kalsium dalam badan.
  3. Susu, keju dan yogurt adalah sumber makanan yang baik bagi kalsium.

Vitamin B12

  1. Seperti yang kita tahu vitamin B12 adalah komponen utama dalam darah dan sel – sel saraf.
  2. Anda boleh mendapat bekalan vitamin ini daripada makanan harian kita seperti daging, ikan, telur dan tenusu.
  3. Sesetengah orang yang mengalami masalah kekurangan B12 di dalam badan akan disarankan untuk mengambil pil, atau suntikan sebagai sumber lain, namun ia semua mestilah bergantung kepada nasihat pakar.
Vitamin Yang Diperlukan Oleh Badan Mengikut Peringkat Umur 1
Uncooked raw fresh beef

Vitamin D

  1. Badan kita memerlukan Vitamin D untuk menyerap kalsium secara efektif. Vitamin D juga membantu otot, saraf, dan sistem imunisasi bekerja dengan baik, malah ia adalah satu komponen utama untuk mencegah osteoporasis.
  2. Untuk mendapatkan keperluan vitamin D ini daripada makanan adalah sukar sebenarnya, tetapi ikan seperti salmon, makarel, dan sardin adalah sumber yang baik.

Vitamin B6

  1. Badan anda menggunakan Vitamin B6 untuk melawan kuman dan membuatkan badan kekal bertenaga. Ia juga membantu dalam perkembangan otak bayi.
  2. Anda memerlukan lebih banyak B6 apabila semakin meningkat usia. Sesetengah kajian telah menemui kebaikan Vitamin B6 kepada warga tua adalah untuk mempunyai memori yang lebih baik. Tetapi vitamin itu tidak meningkatkan kebolehan mental pada orang yang mengalami demensia.
  3. Kacang kuda adalah sumber yang mudah dan murah.

Magnesium

  1. Ia adalah komponen utama dalam penghasilan protein dan tulang, dan menstabilkan gula dalam darah. Pengambilan banyak ubat – ubatan oleh warga tua boleh menyebabkan mereka mengalami kekurangan magnesium, ia adalah kesan sampingan.
  2. Anda boleh mendapatkannya sumber magnesium daripada kekacang, dan sayur-sayuran berdaun. 

Probiotik

Advertisement
  1. Seperti yang anda selalu lihat pada kotak susu dan yogurt di pasaran, probiotik adalah bakteria yang baik untuk usus anda. Bakteria ini sangatlah membantu dalam menangani masalah pencernaan seperti cirit – birit. Probiotik mungkin selamat jika anda sihat.
  2. Tetapi terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah, alergi atau masalah perubatan perlu mendapat nasihat doktor dulu dalam apa sahaja makanan yang diambil.

Omega 3

  1. Asid lemak ini penting kerana badan anda tidak boleh menghasilkannya. Ia amatlah penting untuk mata anda, otak, dan sel sperma. Mereka juga boleh membantu melindungi daripada penyakit yang berkaitan dengan usia seperti alzheimer, arthritis, dan degenerasi makula, yang boleh menyebabkan kebutaan.
Vitamin Yang Diperlukan Oleh Badan Mengikut Peringkat Umur 2
Raw and fresh salmon meat fillet on black stone slate with tomato lemon and other ingredient – Healthy food style

Selenium

  1. Adalah menjadi kebiasaan sesetengah orang di luar sana tidak sedar akan kepentingan Selenium. Ia adalah sangat penting dalam melindungi sel-sel daripada jangkitan dan memperbaharui sel – sel dalam badan.
  2. Selenium juga dapat menjaga otot anda agar kekal kuat, dan dapat membantu mencegah penyakit berkaitan usia seperti demensia, beberapa jenis kanser, dan penyakit tiroid. Terlalu banyak selenium boleh membuat rambut anda gugur dan menjadikan kuku anda rapuh.

Potasium

  1. Potasium memainkan peranan dalam hampir semua benda di dalam badan anda, termasuk jantung, buah pinggang, otot, dan saraf anda. Ia juga boleh membantu melindungi daripada strok, tekanan darah tinggi, dan osteoporosis.
  2. Makanan seperti apricot kering, pisang, bayam, susu, dan yogurt adalah sumber yang baik.

Asid Folik

  1. Secara semulajadi vitamin B9 boleh dijumpai dalam sayur – sayuran berdaun dan kekacang. Di mana, wanita hamil selalu mengambil dalam bentuk pil yang dipanggil asid folik untuk membantu mencegah kecacatan sewaktu kehamilan kerana ia membantu dalam perkembangan fetus dalam kandungan.
  2. Folat membantu pertumbuhan sel dan boleh melindungi strok dan kanser. . Tetapi terlalu banyak asid folik dari suplemen atau makanan yang diperkuatkan dapat meningkatkan kemungkinan anda mengalami kanser kolon atau kerosakan saraf.
Vitamin Yang Diperlukan Oleh Badan Mengikut Peringkat Umur 3

Fiber

  1. Anda mungkin tahu serat baik untuk anda. Serat membantu mengelakkan strok, membantu anda lawas dengan lebih baik, dan merendahkan kadar kolesterol dan gula dalam darah anda – manfaat besar dalam tubuh yang lebih tua.

Walau bagaimanapun, menjadi keutamaan untuk sentiasa jaga pemakanan yang sihat dan meminta nasihat daripada doktor atau dietetik anda. Bersama cuba Malaysia ke arah kehidupan lebih sihat!